English   |   Bahasa   |   Chinese

Malaysiakini memerlukan sukarelawan semasa pilihan raya umum ke-14 ini. Mereka akan membantu wartawan mendokumentasi proses kempen dan pilihan raya di kawasan atau daerah masing-masing.

Sukarelawan akan membantu orang ramai membuat pilihan berdasarkan apa yang mereka amati ketika proses pemilihan serta kempen secara langsung. Pengalaman ini akan memberi faedah kepada pelajar daripada pelbagai jurusan, termasuk komunikasi, politik, ekonomi, undang-undang dan hak asasi manusia.

Pemohon perlu
memenuhi keperluan
berikut

  • Mempunyai komitmen tinggi untuk melaporkan fakta secara objektif
  • Belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi
  • Sanggup bekerja melebihi masa yang ditetapkan
  • Boleh bertugas sepanjang tempoh kempen
  • Mempunyai lesen kenderaan
  • Memiliki insurans kemalangan peribadi
  • Bersedia menandatangani penafian liabiliti

Sukarelawan yang terpilih akan dibayar saguhati sederhana untuk menampung perbelanjaan makanan dan kos-kosĀ lain.

Setiap permohonan yang diterima tertakluk kepada proses saringan. Pemohon yang berjaya perlu menghadiri sesi taklimat di Lembah Kelang, dan mungkin lokasi-lokasi lain pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Untuk menyertai kami, isi borang dibawah atau e-mel
[email protected]
jika ada mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Bantu orang ramai membuat pilihan jitu
dan suburkan demokrasi.

Bantu orang ramai
membuat pilihan
jitu dan suburkan demokrasi.